Wednesday, October 22, 2008

Memohon jawatan di Syurga..


"Manisnya dunia Hijau warnanya,

Segala yg ada ingin dimiliki,

Aku ingin yg lebih mulia,
Pangkat di syurga dirindui hati"

Cewahh!! terer x ana berpantun? hehe.. =P

ermm.. hari ni, terlalu bnyk jawatan yg dikejar.. yg dipegang...

Jawatan?..


akhi, ukhti..
x salah seandainya.. dengan jawatan nie.. kita mampu cegah kemungkaran.. mmpu bawa islam.. kan? ermm,, klau silap tegur ek.. nabi, dengan wajah mulianya.. pernah bersabda..

"siapa yg melihat kemungkaran, hendaklah ia mngcegah de
ngan tangannya, jika tidak dengan lisannya, jika tidak dengan hatinya.. n ia adalah selemah2 iman"

insyaAllah, kita mmpu ubah sesuatu perkara ke arah lebih islamik dgn ada kuasa kan?... mgkin di kampus, dalam kelab, atau tmpat kita sndiri.. kan?... :) tapi ingat sahabat.. nabi pesan, jgn mminta jawatan, krana ia mnyebabkan penyesalan kita di akhirat.. ok? huhu..

owh ya, tntg hadis td, ada ulamak yg mnafsirkan.. cegah dgn hati bukan sekadar benci.. tapi mlahirkan perasaan bnci kita tue. Ok? fikirkan yee...

...................................................................................................................................................................

tapi, bnyk sgt yg tersasar dari landasan sebenar.. ~ pegang jawatan dgn niat nak bawa islam.. tapi, bangga dengan jawatan.. bongkak, ini lagin dipandang tinggi.. nak glamour.. mcmna plak tue? hurmm... :'(


"inna 'aradnal amanata 'alas samawati wal ardi waljiballi faabaina an yahmilnaha, wa asyfaqna minha, wahamalahal insan.. innahu kana zholuman jahula"

sesungguhnya kami telah berikan amanah kepada langit, bumi, n bukit.. tetapi mereka tdak menerimanya.. n takut untuk menerimanya.. dan manusia yg mmbawanya.. ssungguhnya manusia itu zalim dan jahil (jika mereka x mnjalankannya)



Kepatuhan
Khalid Al-Walid, panglima tentera terhebat sepanjang zaman.

Darah berlumuran..
Namun sehangat merahnya luka, semangat terus mmbara.. tiada padam walau air dingin menerpa..

''ALLAHHU AKBAR!!"

Pejuang2 suci terus mara merindui syurga..
menempuh peperangan yg tiada menzalimi sesiapa..

dari jauh, kelihatan seorang lelaki bergerak ke arah panglimanya..

"Labbaik ya rais, khalifah mgeluarkan arahan utk tuan meletak jawatan sbgai panglima serta merta!"
............... bening....... ianya terlalu drastik, tanpa alasan, titik noktah. jawatan agung seorang panglima telah dilucutkan.

"terima kasih ya akhi, kerana Allah n rasulnya aku berjuang!!"

dengan pecutan kuda, makhuk Allah yg dianugerahkan kekuatan n kelajuan.. mantan panglima yg baru digugurkan jawatn terus bergarak lebih maju mggempur segala tentera kekuatan di hadapan...

Subhanallah.. mantapnya.. kan?

ermm... seandainya skrang la kan.. tgh syok dilantik jadi ketua kelas.. tiba2 kena letak jawatan tibaa2 kan..
"
kenapa saya kena letak jawatan?!!" hehe.. x gitu? astaghfirullah...

jap2, kenapa ya khalid al-walid.. panglima tentera yg mantap dgn kepimpinannya diletakkan jawatan? hurmm...

sebenarnya khalifah x nak kaum muslimin secara x sngaja beraqidah bahawa kemenangan2 yg dimiliki sebelum ni adalah disebabkan kerana khalid al-walid..

:') segalanya kerana Allah...

Memohon jawatan di Syurga
.. dalam mencari redha Ilahi


~Ramainya yg berebut bagi manifesto..
Erm, aku nak jadi org yg pertama bgn n cakap kat hadapan..
Aku akan menunjukkan kehebatan seorang muslim!

Akhi, Ukhti.. Teruskan!! Ummah memerlukan pemuda2 seperti kalian! Allah lebih mnyukai mukmin yg kuat.. ^~

.......................wa lakin........................

Di saat petah kita bersuara.. di mana org yg mngejar saf pertama ketika solat?..... menjadi barisan2 hadapan mgadap ilahi...

Saat org lain diam, kita berdiri.. Saat orang lain nyen
yak dgn tidurnya, kita berdiri utk bertahajud?..

....................

ketika kita sibuk dgn kerja n paperwork kita.. di mana org yg sibuk dgn ibadahnya kerana Allah? masih adakah org yg sentiasa dgn mudhuknya yg x lekang dari zikirnya?.. kita?

Adakah kehebatan kita yg dinilai, juga dinilai di sisi Allah?.. ..........................

............................................................................................


Ya Allah, adakah ada borang, yang mampu ku isi.. untuk ku mohon
jawatan di syurgaMu..

Agar ku bisa dikenali di sana... mmpunyai tempat di sisiMu...

Ya Rabbi, terimalah aku.. n berikanlah ganjaranMu.. walau aku hina di sisi manusia..

Luruskanlah lidahku, agar hanya zikir n dakwah yg mnjadi manifestonya..

sehingga... hebatnya aku hnya dalam iman n taqwa kepadamu.....





Ya Allah, adakah pangkatku di sana?

Yg ku tahu pasti tiada bimbang n sedih di dalamnya......

1 comment:

Umairah. said...
This comment has been removed by the author.