Wednesday, October 22, 2008

Memohon jawatan di Syurga..


"Manisnya dunia Hijau warnanya,

Segala yg ada ingin dimiliki,

Aku ingin yg lebih mulia,
Pangkat di syurga dirindui hati"

Cewahh!! terer x ana berpantun? hehe.. =P

ermm.. hari ni, terlalu bnyk jawatan yg dikejar.. yg dipegang...

Jawatan?..


akhi, ukhti..
x salah seandainya.. dengan jawatan nie.. kita mampu cegah kemungkaran.. mmpu bawa islam.. kan? ermm,, klau silap tegur ek.. nabi, dengan wajah mulianya.. pernah bersabda..

"siapa yg melihat kemungkaran, hendaklah ia mngcegah de
ngan tangannya, jika tidak dengan lisannya, jika tidak dengan hatinya.. n ia adalah selemah2 iman"

insyaAllah, kita mmpu ubah sesuatu perkara ke arah lebih islamik dgn ada kuasa kan?... mgkin di kampus, dalam kelab, atau tmpat kita sndiri.. kan?... :) tapi ingat sahabat.. nabi pesan, jgn mminta jawatan, krana ia mnyebabkan penyesalan kita di akhirat.. ok? huhu..

owh ya, tntg hadis td, ada ulamak yg mnafsirkan.. cegah dgn hati bukan sekadar benci.. tapi mlahirkan perasaan bnci kita tue. Ok? fikirkan yee...

...................................................................................................................................................................

tapi, bnyk sgt yg tersasar dari landasan sebenar.. ~ pegang jawatan dgn niat nak bawa islam.. tapi, bangga dengan jawatan.. bongkak, ini lagin dipandang tinggi.. nak glamour.. mcmna plak tue? hurmm... :'(


"inna 'aradnal amanata 'alas samawati wal ardi waljiballi faabaina an yahmilnaha, wa asyfaqna minha, wahamalahal insan.. innahu kana zholuman jahula"

sesungguhnya kami telah berikan amanah kepada langit, bumi, n bukit.. tetapi mereka tdak menerimanya.. n takut untuk menerimanya.. dan manusia yg mmbawanya.. ssungguhnya manusia itu zalim dan jahil (jika mereka x mnjalankannya)



Kepatuhan
Khalid Al-Walid, panglima tentera terhebat sepanjang zaman.

Darah berlumuran..
Namun sehangat merahnya luka, semangat terus mmbara.. tiada padam walau air dingin menerpa..

''ALLAHHU AKBAR!!"

Pejuang2 suci terus mara merindui syurga..
menempuh peperangan yg tiada menzalimi sesiapa..

dari jauh, kelihatan seorang lelaki bergerak ke arah panglimanya..

"Labbaik ya rais, khalifah mgeluarkan arahan utk tuan meletak jawatan sbgai panglima serta merta!"
............... bening....... ianya terlalu drastik, tanpa alasan, titik noktah. jawatan agung seorang panglima telah dilucutkan.

"terima kasih ya akhi, kerana Allah n rasulnya aku berjuang!!"

dengan pecutan kuda, makhuk Allah yg dianugerahkan kekuatan n kelajuan.. mantan panglima yg baru digugurkan jawatn terus bergarak lebih maju mggempur segala tentera kekuatan di hadapan...

Subhanallah.. mantapnya.. kan?

ermm... seandainya skrang la kan.. tgh syok dilantik jadi ketua kelas.. tiba2 kena letak jawatan tibaa2 kan..
"
kenapa saya kena letak jawatan?!!" hehe.. x gitu? astaghfirullah...

jap2, kenapa ya khalid al-walid.. panglima tentera yg mantap dgn kepimpinannya diletakkan jawatan? hurmm...

sebenarnya khalifah x nak kaum muslimin secara x sngaja beraqidah bahawa kemenangan2 yg dimiliki sebelum ni adalah disebabkan kerana khalid al-walid..

:') segalanya kerana Allah...

Memohon jawatan di Syurga
.. dalam mencari redha Ilahi


~Ramainya yg berebut bagi manifesto..
Erm, aku nak jadi org yg pertama bgn n cakap kat hadapan..
Aku akan menunjukkan kehebatan seorang muslim!

Akhi, Ukhti.. Teruskan!! Ummah memerlukan pemuda2 seperti kalian! Allah lebih mnyukai mukmin yg kuat.. ^~

.......................wa lakin........................

Di saat petah kita bersuara.. di mana org yg mngejar saf pertama ketika solat?..... menjadi barisan2 hadapan mgadap ilahi...

Saat org lain diam, kita berdiri.. Saat orang lain nyen
yak dgn tidurnya, kita berdiri utk bertahajud?..

....................

ketika kita sibuk dgn kerja n paperwork kita.. di mana org yg sibuk dgn ibadahnya kerana Allah? masih adakah org yg sentiasa dgn mudhuknya yg x lekang dari zikirnya?.. kita?

Adakah kehebatan kita yg dinilai, juga dinilai di sisi Allah?.. ..........................

............................................................................................


Ya Allah, adakah ada borang, yang mampu ku isi.. untuk ku mohon
jawatan di syurgaMu..

Agar ku bisa dikenali di sana... mmpunyai tempat di sisiMu...

Ya Rabbi, terimalah aku.. n berikanlah ganjaranMu.. walau aku hina di sisi manusia..

Luruskanlah lidahku, agar hanya zikir n dakwah yg mnjadi manifestonya..

sehingga... hebatnya aku hnya dalam iman n taqwa kepadamu.....





Ya Allah, adakah pangkatku di sana?

Yg ku tahu pasti tiada bimbang n sedih di dalamnya......

Friday, September 19, 2008

Ada Apa dgn RamaDHan?? .......




"Krinnggg!!!"
"Selamat pagi Cikguuuu…"
"Alamak! Esok kena hntr tutorial.."
"Malasnya bgn nak pi kelas.."


…………… hurmm ~~ ni adalah situasi kat sekolah, kampus… u..
Tempat di mana kita dididik, didisiplinkan, diasuh.. sebab?? erMm.. Semua org nak Berjaya.. semua orang nak kebaikan… n semua org nak msk ke tmpat pengajian yg terbaik… kan?


TAHNIAHH!! ANDA TELAH DITAWARKAN KE MADRASAH RAMADHAN =)
Sebuah sekolah yg mndidik anda mnjadi yg terbaik.. yg pasti bahagia selama2nya bg mereka yg rajin…


LOADING…..

fikir japp.. kita belajar.. mesti kita nak graduate.. kan? Yg medic, akan struggle sungguh2.. yg arkiteknya x tdo malam dgn projek.. engine sbok dgn tuto.. maka ganjarannya? Segulung ijazah mnjadi harapan.. ;)

Btol x? X pe.. kalau salah, bgtau..

Japp2.. itu sekolah pendidikan.. itukan u?.. kalau madrasah ramadhan?? Apa ganjarannya?

Bersabda lidah suci nabi kita
“mansoma ramadhan, imanan wahtisaban. Ghufirolahu ma taqaddama min zanbih”
^_^

Ermm... “Siapa yg berpuasa dengan penuh keimanan n bersungguh2, diampunkan dosa2nya yg telah lalu”..wauu!! bestnya.. kan? hee..

Kita ada saman sebanyak rm100000000… tiba2 polis kata.. “xpa la, saya tgk kamu buat baik.. halal je la..” WauUuu… x seronok??.. seandainya kita berada di hadapan api neraka yg mana kita akan dicampakkan kedalamnya sbb dosa kita.. api yg panas.. merah..yg akan mgnhancurkan daging kita.. luluh.. lebur.. sgt panas.. n tiba2 kita diberikan pengampunan?.. betapa bersyukurnya….

Allah hummaghfirlana ya Allah….

Man n gentleman..

Apa pendapat tuan2 jika kita masuk ke sekolah.. sekolah menengah.. sebanyak 5 kali.. tapi tetap x lulus spm.. or terpaksa repeat sem sampai sem 8 di matrix.. apa yg kita mahukan? Sekurangnya2 kita nak ada sikit peningkatan kan? X gitu bu? Huhu..

Sahabat2 yang ana kasihi krn Allah sekalian,

Sedar x sedar.. dah berulang kali kita menjejak kaki ke ‘sekolah’ ramadhan ni.. dah bnyk kali kita mendaftar.. sejakdarjah 1 hingga sekarang.. dan bnyk yg kita belajar.. adakah ada peningkatan pointer? Gcpa iman kita? Fikirkan..

Kita mampu bgn seawal 7.30 pagi kerana kelas pukul 8.. cemas bila terbgn Cuma lambat 10 minit.. sebab?? Takut cg marah.. madam terasa hati..
Pernahkah kita terasa macmtubila terlewat untuk bangun subuh.. ataupun kita ready bila nak msk kelas kita.. sembahyang.. ataupun kita terus leka.. meletakkan solat ni di tepi.. sampai smbhnyag di hujung waktu.. muhasabahla na..
ok kan?

Selalu tanam n azam dalam hatii

“Saya nak menjadi graduan ramadhan yg Berjaya.. saya nak mndapat segulung ijazah keredaan Ilahi.. ketaqwaan..” k? ;) insyaAllah…

In a nutshell…………….. apa lagi ya ikhwan wa akhawat…
JomMMmmm la kita sama2 berusaha mnjadi pelajar terbaik kat madrasah ni.. n struggle untukdapat anugerah kat alqadr night.. insyaAllah………… .=)ok?


Chaiyok2! ^_^

Monday, July 14, 2008

Muslimah is like Chocolat -pandangn dari seorang lelaki.. hurmm..


"Wanita macam coklat?? hurm.. knapa plak?"

Yup!
Seorang wanita @ Muslimah tu ibarat coklat.. o.k? =)
hehe.. dengar dulu..

Suatu hari yg syahdu.. daniel duduk di bawah pohon yg rendang bertemankan untaian rasa yg diselitkan oleh burung2 yg menyanyi riang.. di tangannya terdapat 2 cokelat FerreroRocher..
Tiba2 datang sahabatnya, Yusof duduk di sebelahnya.

''Danie, ada makann x? lapar gile nie.." mukanya mmg kelihatan lapar yg amat sgt..

" ada2, jap na.. aku ada 2 cokelat.. mana yg nampak lazat?'' daniel mnunjukkan 2 cokelatnya.. satu, yg berbalut indah.. n satu lagi yg terbuka, menunjukkan kelazatannya.. cokelat yg pasti mengiurkan sesiapa yg memandang..

''Wauu!! cokelat tue.. mahal plak tue.. susah dapat nie.. hurmm.. mana yg lebih lazat? hurmm.. jap fikir na.. yg ni kan mmg sedap. aku tau la.. nama pun cokelat" yusof mmberi komen smbil membelek coklat yg berbalut..

"kalau yg ni?" danie menggigit sikit cokelat yg tidak berbalut.. coklat cair yg mmg nampak sedap mengalir keluar..

"Mesti la lazat gila wei! bagi aku cepat!!.. ko buat air liur aku mgalir cepat ko tau? " mmg deria rasa yusof meransang dgn cepat pada waktu tue.. nampak air liurnya memenuhi mulut..

Ketika Danie hendak memberi Yusof cokelat tu.. tiba2 kedua2 coklat tu terjatuh..

"Ops, maaf la ye.. skrang ko nak yg mana?"

"msti la yg berbalut.. coklat td tue, mmg nampak sedap.. tapi dah kena pasir suma.. dah kotor la..yg berbalut tue x pa.. coklat dia ok lagi.. kalau terjatuh kat mana2 pun x kesah masih bersih.. lagipun.. cokelat ferrero rocher tue.. bukan senang dapat!"

That's All!! :) right?

Sahabiah2 yg ana cintai kerana Allah..
2 cokelat.. yg satunya berbalut.. n satunya tidak.. nampak mengiurkan n melazatkan.. namun apabila kedua2nya jatuh.. yg dahulunya lazat.. tidak bernilai lagi.. yg berbalut? campaklah ia kemana pun.. ke padang.. ke lumpur.. meja yg berdebu? ianya masih berharga kerana nilainya tidak dicemari sedikit kotoran pun.. ok?
kan...?





that's the point my sis.. coklat+bnda yg bernilai.. dilindungi oleh pembalutnya yg cantik.. temanku.. pembalut coklat tu sama dengan islam n syariat yg sentisa melindungi kita agar kita sntiasa terjaga n berharga.. wanita yg tidak menutup aurat.. menunjukkan kecantikannya yg x dibenarkan syara'.. mmg pada zahirnya nampaakk cantik sgt.. btol? namun pasti tiada nilainya apabila ia "terjatuh".. kerana.. semua org inginkan yg bernilai kan?

owh ya.. ana teringat kata2 indah bermadah dari hadis nabi kita s.a.w.

''ad-dunya mata', wakhoiru mata'id dunya.. al-maratus solehah'' =)
''dunia itu perhiasan, n seindah hiasan adalah wanita solehah"

Wahh!! betapa mulianya wanita di sisi islam kan? dunia yg penuh dengan kemanisan, nikmat. yg semua org cari.. mmg best la. tapi rasulullah cakap, seindah hiasan adalah wanita solehah? mksudnya wanita solehah ni lebih berharga dari apa yg org kejar selama ni la kan?? harta, pangkat, semua la............. indahnya islam ^_^ marvellous!!

tutuplah auratmu wahai muslimah saudaraku.. peliharalah maruah n kehormatanmu.. lindungi dirimu dengan syariat agama sucimu.. SeMoGa BidadaRi Mencemburuimu sahabatku!! ;)

owh ya wahai muslimah.. n ini pandangan dari ana,
teman seagamamu-seorang muslim!

Sunday, July 13, 2008

dakwah ~ knapa la slalu mghukum??


"eh. eh. dia tu teruk laa.."
"hurm.. dia mmg macam tu pun,
x thiqoh sgt pun''
"dia ni biasa la jenis golongan mcm tu.."
huhu. biasa dengar x perkara mcm ni? kan? kan?
hehe.. orang2 yg slalunya berada dalam 'medan dakwah' ni suka mghukum.. kan? hurmm..
sahabat..
'abbas asasi, seorang yg saaangat cintakan saudara seislam dia, suka tulis surat pada kaum muslimin.. n dia merupakan ahli ikhwanul muslimin yg pernah hidup sezaman dgn imam hassan al-banna.. pernah berkata.. "da'ie merupakan seorang yg mengajak, bukan peghukum"..
hue.. biasa la kan.. bukan semua org perfect u know.. if we now how hell is.. mesti kita akan cuba selamatkan suuumaaa org termasuk diri kita dari api neraka.. fuh!! sebab? sebab seorang muslim adalah org yg penuh ngan kasih syg.. =)
~~
pernah di zaman rasulullah, rasulullah pernah menyelimutkan sorang munafiq dgn jubahnya.. errr.. rasulullah x tau ka yg tu munafiq. pastinya tau! "sekurang2nya dapat menenangkan hatinya".. ataupun yg satu lagi ana dgr " dapat mgurangkan azabnya dalam kubur".. ana x pasti yg mana betul.. tapi LIHAT sahabat2.. macmna kasihnya nabi kita.. rasul kita.. I love U My Prophet!!
lagipun.. maksud da'ie tu sendiri kan ialah mengajak.. coMe on! jom sama2 kita mengajak semuuua org kepada keindahan islam! n pasti kita x kan mghukum depa.. kan? ;) takbir!!

Wednesday, July 2, 2008

Dakwah, Ini jalan bahagiaku..

hurmm.. apa yg ana dah buat untuk islam yea?.. kadang2 terfikir gak..
abes tue.. nak buat apa?? bila tgk blog2 islamik.. tiba2 rasa cemburu.. tau pun! sapa suruh x buat apa. huhu.
yuP! medium dakwah yg dapat mnyampaikan tanpa gagap, berpidato tanpa gugup, berbincang tanpa gementar.. best kan?? hue.. ^_^

...............

nak x nak, kena ada blog gak ni.. jalan2 kat kedai buku, terjumpa buku.. 'blog, blogging, n blogger"
fikir2.. terus beli..
Macam menarik gak ni, ditambah dgn buku yg sedia ada kat bilik "karya nan indah"-faisal tehrani, panduan penulisan. msti mantap blog nie. hehe =P bajet je. so, skrang dalam proses membaca. kena da ilmu baru bleh buat blog, btol? n yg penting. kena da ilmu gak kan untuk.. "ditarbiyah n mentarbiyah..."

in PROGRESS... "DAKWAH- JALAN BAHAGIAKU" ;)