Monday, May 11, 2009

OBH. Caranya?

Assalamu'alaikumu dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,
Wassolatu 'ala rasulillah..

Pembaca yang dihormati, dikasihi dan disayangi ;)

Ana percaya, sebagai seorang pendakwah, kita kena lah berjaya menawan hati mad'u. Betul? Mustafa mahyur ada membawa 10 step Dakwah Fardhiyah. Tapi apa yang ana nak bawa di sini. Sebahagian dari apa yang ditulis oleh

John C. Maxwell dan Les Parrot, PHD. dalam kitabnya

25 ways to win with people.


Atau yang ana suka sebut sebagai 25 dakwah Fardhiyah. Hadis nabi ada menyebut,

"Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana kamu menjumpainya maka ambillah"

Maka buku psikologi atau motivasi ini jugalah yang ana kaut sebagai sampingan dalam memperbaiki hablumminannas. lebih kurang yang ana kira berkaitan dengan Akhlaq. Betul?

Dicatatkan dalam isinya yang kedua, (Sengaja meninggalkan isi yang pertama, akan diterangkan kemudian). Perkara penting dalam kehidupan sehrian kita bila bermasyarakat. Adalah:

Practice the 30-second rule.

Apa itu ya? secara mudahnya peraturan untuk 30 saat yang pertama apabila kita berjumpa dengan orang lain. Manusia tidak akan mudah lupa this thing of encouragement. Right?
Peraturannya... 30 saat ni kita gunakan untuk memberikan sepenuh perhatian dan penghargaan kepada mereka. Bagamana?

Gunakan 3A formula.

1.Attention.
2.Affirmation.
3.Appreciation.

Mudahkan? Dan hasil perbualan ana yakin akan lebih positif InsyaAllah. Dan pendengar kita akan lebih bertenaga dan bersemangat. Opss, bukan bodek dan memuji berlebih-lebihan. Jangan silap. Contoh yang ana boleh bagi..

"Enta nampak ceria dan bersemngat, bagusnya.."

"Tahniah, program enti semalam bagus sgt."

"Ana teringin hadiahkan ayah ana baju yang macam enta pakai sekarang"

Ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan mesyuarat atau lain.

Seperti mana kita suka dihargai dan suka bila mana orang terseyum. Maka itu yang perlu kita lakukan.. Moga kita beroleh iman yang sempurna.. Amiin..

"Janganlah kamu menghinakan sesuatu perkara, walaupun dengan berjumpa saudaramu dalam keadaan bermanis muka"-Hadis


First Impression!

Kita bawa dakwah kan? untuk itu kita amat perlukan OBH (Operasi Bina Hubungan). Benar? Maka insyaAllah, kita boleh ceduk hikmah-hikmah ni untuk kita bawa dalam melancarkan agenda dan matlamat kita dalam islam, dan ghoyah kita dalam mencapai redha Allah.. insyaAllah.

WAllahhua'lam

Wassalam.....

1 comment:

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

ana suka isi artikel ni...benar!...first impression amat penting utk menaut hati...

ringkas tapi berguna...syukran...terus berkongsi!