Thursday, November 20, 2008

Akhi, Masa itu milik Allah..

"Isk, letihnya.. sebok betul..

Exam.. Assignment.. Program..

erm.. kena semayang cepat sikit ni.. nanti x sempat... huhu.. "

ehh, sabar jap akhi, mana boleh sembayang laju2.. ingat pesanan ni, ok?

"Masa itu milik Allah.." =)

ok? err.. ke ada masalah? macam pelik je muka tue..

erm, pernah dengar kisah ni x? seandainya ana cerita salah atau x benar.. tegur k..

Suatu hari..

Dikisahkan apabila terdengar seorang muslim ni tentang hebatnya rasulullah dalam israk dan mikraj.. maka hatinya dilanda keraguan.. benarkah ini berlaku? mustahil malah impossible! Mana boleh rasullullah naik ke langit. Berjumpa Allah dan segala kejadian yg berlaku, hanya dalam satu malam... x logik.. kejapnya.. mana mungkin...

di ketika, isterinya sedang mencabut bulu ayam, dalam proses untuk memasak.. maka dia memberitahu bahawa dia ingin mandi di laut.. Di laut dia mngambil kesempatan untuk mnyegarkan badan.. sehingga..

Dia menyelam...

Namun apabila dia bangun.. dia mendapati tempat dia ada ni.. lain sangat.. macam dekat dunia lain.. macam mandi dekat pangkor.. tiba2 ada dekat langkawi..


Dia pun pergi ke pantai.. kemudian membiasakan diri, berkahwin dan hidup di situ.. bertahun2..


suatu hari, dia mandi kembali di pantai.. dan apabila dia bangun.. dia berada di tempat yang mula2 dia berasal...

dia pun bergegas dapatkan isterinya.. terharu kerana terlalu rindu.. memeluk isteri yang lama sangat x dijumpai... kemudian menceritakan apa yg berlau..

" err.. kenapa abang ni? abang kan pg mandi td? saya pun x habis cabut bulu ayam ni lagi.. "

barulah dia sedar... peristiwa israk mikraj bukanlah sesuatu yg mustahil...

sebab?

Masa itu tetap makhluk dan milik Allah...

=)

pernah dengar x rasulullah bersabda.. siapa yang x meluangkan masanya untuk Allah.. Maka Allah akan menyibukannya dengan urusan2 dunia....

ok.. sehari, berapa lama kita baca quran? 2 jam?.. sejam..

setengah jam ada x? ke x ada lansung.. huhu... cuba banding dengan aktiviti lain yang kita buat.. meeting pun paling koman sejam.. :'(

kita tengok solat kejap.. solat ni 5 minit je.. tapi dalam 5 minit tu pulak x khusyuk..

fikir malam ada mesyuarat.. penceramah x kontek lagi.. kelas.. habes sembahyang pulak terus tergesa2 buat benda lain kan?

fikir2... berapa lama masa kita dengan Allah sebenarnya ya?

hurm..







kes 1

-study sampai lewat malam.. stay up sampai pukul 4.. mantapnya...

tapi esok terlambat subuh, na'uzubillah.. terlepas terus..

-tekun sangat study.. sampai x menghiraukan azan.. malah, bila otak dah pening.. sembahyang utuk berehat...

sebab apa?

nak dapat 4.o.. erm nak dapat elok2..

alhamdulillah, bagusnya kalau semua dapat jadi macam enta..

tapi akhi, yang bagi enta kejayaan itu Allah, yang memberi enta kemudahan dalam peperiksaan itu juga Allah.. Allah juga mampu memberi kegagalan bila dikehendaki..

fikir2kan ya... ;)

kes 2

-kalau lambat ni mesti kena marah..

-banyak prog ni.. jumpa lecturer.. kemas bilik.. kena sembahyang cepat2..

-err... x yah doa kot.. bleh doa sambil jalan kan?

ye ukhti, kita memang kena pandai urus masa... tapi kena ingat..

"Wallahhu 'ala kulli syai in qadiir".. kan?
Allah maha berkuasa atas segala sesuatu...

Yang mengizinkan program kita berjalan lancar.. Lecturer baik dengan kita.. semua perancangan kita ok.. kan Allah...

"Ihfazillah, Yahfaka" =)

Jagalah Allah, dan Allah akan menjaga kamu...

LAdiiesSS anD GEntleMaann...

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian... kecuali orang2 yang beriman dan ber'amal soleh.. yang berpesan2 dengan kebenaran.. dan berpesan2 kepada kesabaran... " ^-^

indahnya ayat al-quran ni... selalu kita baca selepas hbes program... ramai baca, tapi sikit yang menghayati...

sahabat, kita sekarang diserang dengan ideologi pemikiran.. malah kadang2 tewas dengan persaingan kecerdikan..

sering kali kita tertanya.. Apa salahnya dengan pengurusan masa aku? sehingga akhirnya.. aku gagal dan terus gagal.. di mana silapnya? kita terlupa di mana hubungan kita pada Allah di jadual kita.. di kehidupan seharian kita...

;)


Yakin!!

percayalah.. cuba dekatkan diri dengan Allah... banyakkan baca quran.. sesibuk mana pun kita.. kita akan merasa lapang.. tenang sangat.. erm, x percaya? enta cubalah.. ana yakin sangat..


logikkah ulamak sembahnyang beratus-ratus rakaat hanya satu malam? atau sayyidina abu bakar yang diceritakan boleh mengkhatamkan alquran ketika hanya hendak menaiki kuda?



kadang2, kita boleh rasa lama sangat.. sampai dah puas buat apa yg kita inginkan.. tp, ehh... kejap je..

bertenanglah...

"(Sifat tergesa-gesa itu datangnya daipada syaitan (manakala) cermat dan berhati-hati dari Allah Subhanahu Wata'ala.." - hadis..

teman,

dekatkanlah diri kepada Allah, sebokkan denganNya.. yakin segala hasil dan usaha kententuanNya.. gagal atau berjaya milikNya.. setiap perancangan dengan izinNya..

jangan tergesa2 hingga trsasar.. kerana yakinlah..

"Masa itu makhluk dan milik Allah" =) bukan kita yang punya..

Ok?


4 comments:

Anonymous said...

suke tajuk nih... tq!

Puteri said...

masa adalah makhluk Allah yang paing taat. seperti yg diajarkan imam ghazali, kita kena pandai urus masa. Konsep ibadah dalam Islam syumul. Kena belajar fiqh aula... menjaga masa seperti menepati masa dan janji juga sangat penting terutama bagi seorang daie.

LoNgJaR said...

assalamualaikum
bagus artikel ni.. semoga Allah merahmati anda..

hakifays said...

bagusnya cetuskan pasal masa..tq..bg peringatan