Tuesday, December 30, 2008

kertas putih or kertas hitam?



salam.. =)

sebuah analogi..

ambik sehelai kertas putih.. 2 helai.. yang baru ek.

satu biar je putih..

yang lagi satu.. titik dengan marker hitam sampai jadi banyak, pastu conteng dengan marker kaler hitam sampai hilang kaler putih.. macam kertas hitam...jadi gelap pekat sangat2.. pastu ambik pen hitam..

eh, ambik.. bukan suruh baca je la.. isk, isk..

mula2, tulis kat kertas putih, pastu tulis kat kertas hitam..
ilang kaler putih
ermm.. tulis kat kertas tue.. tulis apa ye?..

tulislah..

"Suka melambatkan sembahyang".

ataupun apa2 perkara yang membawa kepada dosa.. atau kita sendiri buat.. terpulanglah ye.

tengok dua2 kertas.. eh, kenapa yang putih nampak jelas. yang hitam x nampak? pelik jugak.. macam x ada apa2 je.. kan? kalau yang putih, mesti nampak walaupun terconteng sikit je..

=)


itulah perumpaan kita.. yang putih, atau hitam..

perumpamaan apa? perumpamaan hati dan iman..

Hati kita bila suci, bersih.. bercahaya.. bila terbuat dosa sikit je.. pasti terasa.. tersedar, dan kita nampak dosa tu.. kan?..

tapi, kalau hati kita.. yang putih tu kita buat dosa.. sampai ada banyak titik hitam.. dan last sekali jadi gelap.. kita x akan perasan jika kita buat dosa. macam kertas tadi. Kita x akan rasa macam ada yang x kena. X akan rasa x sedap hati, X akan rasa pelik, takut. Sebab, kita dah x nampak dosa tu.. kan?

"Kebaikan itu akhlak yang baik, dan dosa itu ialah apa yang bergetar di hatimu, dan kamu benci bila ia dilihat oleh orang lain"

jadi..

Friday, December 26, 2008

Ini yang aku dapat? :'(


Kenapa.. apa yang kita bagi.. x sama dengan apa yang kita dapat balik ya?.. sentiasa tersyum, tetapi yang dapat hanya muraman.. kan? =) pernah terfikir begitu..

Sahabat, jom kita melakukan kerana Allah nak? ^^.. sebab, insyaAllah.. kerana itu kita x akan sedih dan kecewa dengan apa yang kita dapat.. malah sentiasa gembira..

Ibarat..

Kita memberi sebatang pen kepada seorang kenalan kita. Tapi, suatu hari.. kenalan kita tu menulis keburukan kita menggunakan pen yang kita bagi. Maka, pada ketika itu...

Seandainya kita bagi pen tu kerana Allah, dengan niat untuk menggembirakan dia.. dengan hanya menuntut keredhaan Allah, balasan yang hanya dari Allah.. tidak menunggu balasan dari kenalan kita tu.. kita tidak akan menyesal dengan perbuatan baik kita.. dan menganggap semuanya hanya ujian..

Tapi,..

Bila kita bagi.. dengan mengharap, kita dapat balik kebaikan kita.. bila jadi macam ni.. kan terfikir..

"Menyesal aku bagi dia"..

"Aku tak akan bagi apa2 dah kat dia.."

"Baik tak perlu buat baik.."

"Buat rugi duit aku je.."

erm,.. kita yang mana satu ya? ;)

IdeA??


Assalamu'alaikum..
Salam ke atas kamu.. semoga Allah sentiasa memberkatimu.. =)

Saja nak tanya sahabat2, mungkin ada idea yang ana x terfikir untuk tajuk yang boleh ana buat dalam post ana seterusnya.. ^^ ... kan? mesti best..boleh? insyaAllah..

Barakallahhufik..

;)

Wednesday, December 17, 2008

Keinginan kita.. :)


"Apa la adik ni, minta x best lansung.. belon je.. minta la patung power rangers ke.."
komen seorang abang berumur 7 tahun kepada adiknya..

Perli seorang kakak darjah 6 kepada adik sedaranya 7 tahun..
"haha. lain kali minta la mak belikan digimon.. power ranger ni untuk budak2 ja.."

Sekolah menengah kepada sekolah rendah..
"Alahai. memang sekolah rendah betullah diorang ni.. minta permainan. baik dapat baju baru atau jam baru.. kan lebih baik?"

Seorang di universiti teringat masa lalu..
"Aku ingat lagi tym sekolah menengah.. budak2 lagi rupanya.. minta baju la.. apa la.. sekarang ni kalau dapat hanphone baru.. best nie.. laptop ke?"

Dah kerja..
"Dulu aku kecik2 mcmtu la.. nak macam2.. dapat kereta baru n rumah mewah ni.. alhamdulillah".. katanya sambil tersenyum..

dari jauh.. dari hijab..
Dari indahnya yang Allah janjikan..
Bergembira ahli syurga.. bersama sutera dan permata.. tiada sedih dan tiada bimbang.. sentiasa gembira..

"Wahai ahli dunia, seandainya kamu mengetahui apa yang kami rasakan... pasti kamu melupakan semua...seperti seorang yang memandang rendah kehendaknya anak kecil.."

=) semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita dengan hidayahnya.. Amiiinn..